"yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup mesti diteruskan"

19 October 2009

masa


masa
kau pergi tanpa menoleh ke belakang
kau pergi jauh meninggalkan aku
walau seminit
walau sesaat
kau berjalan terus kehadapan
pergi jauh meninggalkan diriku

masa
kau pekak tak pernah mendengar
kau kuat tak pernah letih
kau berjalan tak pernah berhenti
kau tak pernah pandang belakang walau sekejap

masa
aku letih mengejarmu
aku penat berlari mendapatkanmu
kau berjalan tanpa mengenal erti penat
halangan yang datang kau mampu tempuhi

masa
aku ingin menjadi sepertimu
teruskan perjalanan tanpa menghirau sesiapa
aku ingin berjalan seiringan denganmu
tanpa mengira apa pun dugaan yang datang
aku ingin bersamamu
tempuhi halangan dan dugaan dengan tabah

mampukah aku jadi sepertimu!!

tidak ketinggalan oleh masa

-irsyad-

0 comments:

Post a Comment