"yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup mesti diteruskan"

03 November 2009

nasib diri


dimana silapku
lain yang ku cari
lain yang datang
bunga-bunga kebahagian
yang kupinta
duri-duri kehidupan
yang menghalang


apa harus dilakukan lagi
bila langit cerah
tanpa pelangi
awan biru
tidak berseri
takkan kubiarkan
diri sendiri tercari-cari

apa harus ku katakan lagi
ketika air mata
menitis ke pipi
hati mula menjadi tak keruan
fikiranku melayang-layang
mengharapkan saat tenang seperti sediakala

kusutnya fikiran
bila diri diratapi nasib
seketul hati yang tabah
kini lemah tak bermaya
apakan daya nasib diriku
cuma sabar penawar diri

-irsyad-

0 comments:

Post a Comment