"yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup mesti diteruskan"

29 December 2009

m.nasir



medium : pencil F,2B,3B,5B, 8B
size : A4

banana tree


medium : soft pastel on sugar paper

size : A3


28 December 2009

buah limau


medium : soft pastel on sugar paper

size : A3


25 December 2009

SEJARAH 10 MUHARRAM


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


Baginda bersabda:"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

23 December 2009

soft pastel practice


14 December 2009

coconut - more practice...




10 December 2009

homework - still life

07 December 2009

homework - lips

homework - eye

06 December 2009

homework - hair

sentuhan tangan

04 December 2009

a.l.o.n.g

cahaya kekasih

drawing practice

kuat ke kita ni

setiap orang tidak terlepas dari ujian kehidupan dariNya. Berat atau ringan itu terserah pada ketentuanNya. Kita sebagai hambaNya perlu hadapinya dengan tabah. Itulah dugaan didunia, pahit manis kehidupan  sebelum ke alam seterusnya.


Ujian Allah datang dalam pelbagai dugaan, samada bencana, penyakit, kematian ahli keluarga, pergolakan rumahtangga, tekanan tempat kerja, kemiskinan dan sebagainya. 


Kadang-kadang terasa beban sehingga hingga kita tidak mampu berbuat apa-apa. Mampukah kita hadapiNya? Kuatkah kita? Tabah ke kita dengan semua ini?


Pernah tak kita terfikir..kenapa dugaan ini terjadi pada kita?kenapa tidak pada orang lain?


ayat Allah ini telah menyakinkan kita..


renung-renungkanlah...


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(QS. 2:286)


Walaupun kita rasakan ujian dariNya terlalu besar bagi kita sehinggakan kita rasa tidak mampu untuk menghadapinya, tapi hakikatnya itulah kekuatan dan ketabahan kita yang sebenar.


"orang yang paling kuat didunia ialah orang-orang yang bersabar"


jangan sesekali kita lemah berdepan dengan semua masalah. Kita perlu yakin yang kita boleh hadapinya.