"yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup mesti diteruskan"

30 July 2010

buatmu ibu


buatmu ibu - aeman

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

26 July 2010

Antara pasir dan batu

Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat namanya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir. “hari ini, sahabat terbaik aku Mior menampar pipiku”.


Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas., tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkan oleh Mior.


Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu disebuah batu besar yang berdekatan. “ hari ini, sahabat terbaik aku Mior menyelamatkan nyawaku”
Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya. “kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar “angin kemaafan” akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas “batu hati” kita , agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.


Sahabat-sahabatku sekalin, dalam hidup kita ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

Yang dah lepas biarkan berlalu

Apa yang dikatakan oleh Dr. Aidh al-Qarni dalam bukunya “La Tahzan”, orang yang bodoh dan gila adalah orang yang mengingat dan mengenang masa lalu, dan kemudian bersedih pula atas musibah dan kegagalannya. Kata-katanya memang benar. Tindakan itu boleh disama ertikan dengan membunuh semangat dalam diri kita dan menguburkan masa depan yang masih belum terjadi.


Cukuplah bagi kita untuk melipat kertas2 kisah kehidupan masa lalu dan biarkan disimpan dalam laci besi yang tidak akan kita lihat kembali. Kesedihan kita tidak dapat lagi mengembalikan apa yang telah berlalu. Janganlah kita menjadi orang yang mengergaji serbuk kayu. Sudah terang dan jelas perbuatan itu adalah sia2.


Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan ini awal kebahagian. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan. Dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan. Ya Allah, hapuskan dari kami rasa sedih dan duka, dan hancurkan kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung kepadaMu dari setiap rasa takut. Hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakkal. Hanya kepadaMu kami memohon dan dariMu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik2 Pelindung dan Penolong kami.

25 July 2010

nikmatnya rasa sakit

Orang selalu merungut ketika sakit. Sentiasa rase benci pada kesakitan. Peritnya menahan kesakitan. Perlu diingatkan, rasa sakit tidak selamanya tak baik bagi kita. Mungkin dengan rasa sakit ia akan mendatangkan kebaikan pada sesorang.


boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu…”

QS. Al-Baqarah:216)


Disaat kita rasa sakit yang teramat sangat, pada saat itu lah lahirnya ketulusan sebuah doa, tasbih dan zikir yang sentiasa terucap dari bibir kita. Pada ketika ini lah mendekatkan kita pada Allah. Kesakitan itulah menjadi satu peringatan dari Allah pada hambanya yang lalai.

24 July 2010

Cita-cita Dan Cinta

Duhai temanku
Mengapa dipisahkannya
Cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba

Di mana citamu...Di mana cintamu
Keduanya perlu...Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu

Cinta yang hakiki...Lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cinta-cita dan cinta

Cinta yang sejati...Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kernaa iman dan Islam
Harus kita menunaikannya

Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu

Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

22 July 2010

bagaikan ditusuk sembilu


pedih, sakit didalam tiada sape yang mengerti. sengsaranya aku tuk menelan semua ini. mahu tidak mahu. terpaksa ku lalui semua ini. pertama kali kau tusuk sembilu dihati ini, masih lagi ku mampu menahan sakitnya didalam. tapi kalau tuk kali kedua, aku tidak bisa lagi menahan dan menelan semua kepahitan, kesengsaraan dan penderitaan ini. cukup lah tuk setakat ini. begini lah tahap2 ujian aku telah lalui. tapi, masing2 ade batas2 tahap2 kesabaran masing2. biarlah diri ini dan Allah saje yang tahu.

sembilu yang tertusuk dihati memang sukar tuk sembuh. kadang2 makin teruk penderitaannya. memang terlalu besar ujian Allah pada ku. sukar aku tuk menanggung semua ini. beginilah liku2 kehidupan aku. yang penuh rase "kepahitan" . semoga suatu hari nanti aku akan rase kemanisannya itu. yang kesengsaraan pasti akan rase kebahagian. yang bahagia juga pasti akan rase kesengsaraan dalam kehidupan. itulah dinamakan dugaan dan ujian dariNya. semoga aku terus kuat menghadapi semua ini.

20 July 2010

nikkon D5000 jadi impian

assalamualaikum semua...
harap2 semua sihat2 wal afiat la ye..huhu..hidupku semakin ceria. moga2 hari esok dan mendatang kekal la begini. sekarang aku dah gile kamera. huhu. kamera dslr nikkon D5000 sudah menjadi impian aku. kan ku jadikan kau isteriku. hahaha..insyaAllah impian ku akan tercapai suatu hari nanti. yang penting. kuatkan matlamat dengan ape yang kite inginkan.aminnn..


19 July 2010

lagu jadi teman tak kala ku kesepian

makin hari makin bosan lak. tak tau nak buat ape. kawan2 semua gi kelas. aku pulak layan lagu je lah. asyik2 lagu same je. tapi tak jemu lak rasenye. kadang2 melalak jugak sorang2.huhu..lepaskan tension sekali skala. kadang2 kawan2 pun naik pening. susah nak layan orang putus cinta ni.huhu..camni la aku sejak dua menjak ni. kadang termenung sorang2. kadang2 tersenyum sorang2. kadang2 merayau entah ke mana. harap2 tak gila sudah la..huhu..

terima kasih kawan2 ku semua. sahabat2 ku yang setia bersama ku. camni la sahabat. susah senang bersama. bukan macam setengah orang tu...emm..tak yah ckp la..huhu..life must be go on..cm salah je ayt tu..hahaha..ape2 je lah.

asyik layan lagu je aku ni. bile nak melukis la. dah la layan lagu2 sedih..ape kene la aku ni. tu la..nak melukis rase malas lak. tapi nak melukis. ish3..susah la kalau main dengan perasaan ni kan. kadang2 bahaye jugak cmni. haha..xpe..insyaAllah akan ku kuatkan semangat tuk melukis. melukis demi mase depan ku. huhu..mase depan ku masih terang menyala tanpa mu disisi. cewahhh..huhuhu..."bunga bukan sekuntum.."-kata2 housemate ku..

ni la lagu2 yang aku layan tak kala aku kesepian dan kesunyian..huhuhuu...


BUTAKAH CINTA-spring


Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia



Pesanan buat kekasih- spring


Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka


16 July 2010

DISINI BERMULANYA

Dalam tidak sedar, sudah minggu kedua aku bergelar student art. Ini lah salah satu impian aku untuk belajar seni di uitm shah alam. Keputusan aku untuk tukar kos dari kejuruteraan kimia ke seni halus memang muktamad. Apa orang nak kate, kate lah. Ape yang aku buat ini adalah untuk masa depan aku. Memang orang cakap rugi. Teruskan la dalam kos kejuruteraan kimia tu. Tapi kalau dah minat kita dah tak boleh nak buat ape. Lagi bagus kita belajar ape yang kita minat. Tu lebih baik. Syukur Alhamdulillah temuduga hari tu lulus dan sekarang aku dah disini. Disini lah titik permulaan aku untuk mencapai cita2 aku ingin menjadi seorang pelukis Malaysia. Aku akan buktikan pada semua. insyaAllah…

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

Kisah lame biarkan pergi. Mungkin ade hikmah disebalik kenapa Allah menarik balik cinta ku. Aku yakin Allah sentiase dengan aku. Allah mengingatkan aku tetang masa depan aku. Aku cuma diberi pilihan samaada cinta atau cita-cita. Allah terlebih dahulu mengambil cinta dan memberikan aku cita-cita. insyaAllah suatu hari nanti akan terbukalah pintu rezeki aku kearah kejayaan cita-cita.

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam."

Masakan berlalu, walaupun kita tersungkur. Jangan cepat mengalah dengan dugaanNya. Hindarkan segala kebencian. Biarkan ia pergi…mesti ada hikmah disebaliknya.

15 July 2010

BUKA BUKU BARU

Yang dah lepas, biarkan ia pergi. Yang pergi tetap pergi. walaupun saya tidak ada ape2 lagi tetapi saya masih ade masa depan. Setiap ape yang berlaku itu ade hikmahnya. Tutup buku lame buka buku baru. Walaupun buku lame adalah lebih baik dari buku baru, ape2 pun kita perlu juga buka buku baru. Memang susah kita nak tinggalkan buku lame. Tetapi, mungkin buku baru yang kita bakal baca dan lalui didalam nya adalah lebih baik lagi dari buku lame. Sebab itulah kita perlu bersangka baik dalam ape jua. Bersangka baiklah kita pada ape yang telah berlaku. Moga2 ape yang sangkakan dalam fikiran kita akan berbalik jua pada diri kita.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

QS. al-Baqarah (2) : 216

Jangan kita fikir yang kita benci itu kita akan terus membenci selame2nya. Jangan fikir ape yang kita tidak suka itu kita tidak akan suka selama2nya. Tidak…begitu juga dengan ape yang kita suka. Tidak semestinya ape yang kita suka itu, kita akan sukanya selama2nya. Pernahkah kita melihat disekeliling kita.? Orang yang selalu bergaduh dan benci membenci akhirnya perasaan itu menjadi suka sama suka. Akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Pelik kan? Tapi itu lah kententuan Allah. Perasaan manusia itu berubah2.

Kadang2 apa yang kita dapat itu adalah sesuatu yang tidak kita sukai, maka kita perlu terimanya dengan redha. Mudah2an yang buruk itu akan menjadi lebih baik ape yang kita sangkakan. Itu lah kuasa Allah. Allah maha mengetahui. Kita hanya hamba Allah yang cuma tahu merancang tetapi Allah lah segala2nya yang menentukan. Selalulah kita berdoa memohon yang terbaik bagi kita.

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

14 July 2010

KERLIPAN CINTA

JANGAN DITANGISI APA YANG TELAH PERGI

assalamualaikum...

setiap ape yang berlaku pada kita pasti ade hikmah disebaliknya. janganlah kita tangisi ape yang telah pergi. ape yang mampu kita buat adalah berdoa sahaja pada yang Maha Kuasa. semoga mereka selamat dunia akhirat...

kita hidup ini tak dapat lari dari masalah. masalah yang datang bukan untuk menyusahkan kita. ianya adalah untuk menguji kita. bagaimana kita mengawal emosi dan keadaaan untuk menyelesaikan masalah. bagi saya, masalah yang datang adalah untuk mematangkan kita. ianya juga untuk menguji hambaNya.

teringat saya firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 286 yang bermaksud " Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehNya." ayat ini telah menunjukkan bahawa lagi besar ujian Allah pada hambaNya, lagi kuat kemampuan hambaNya tuk menghadapi masalah itu.

kita jangan cepat mengalah dengan dugaan yang datang. kita mampu menyelesaikannya. kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa dengan hambaNya..

"semoga aku lebih kuat menghadapi ujian sebegini"