"yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup mesti diteruskan"

26 July 2010

Antara pasir dan batu

Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat namanya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir. “hari ini, sahabat terbaik aku Mior menampar pipiku”.


Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas., tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkan oleh Mior.


Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu disebuah batu besar yang berdekatan. “ hari ini, sahabat terbaik aku Mior menyelamatkan nyawaku”
Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya. “kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar “angin kemaafan” akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas “batu hati” kita , agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.


Sahabat-sahabatku sekalin, dalam hidup kita ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

0 comments:

Post a Comment