"yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup mesti diteruskan"

16 July 2010

DISINI BERMULANYA

Dalam tidak sedar, sudah minggu kedua aku bergelar student art. Ini lah salah satu impian aku untuk belajar seni di uitm shah alam. Keputusan aku untuk tukar kos dari kejuruteraan kimia ke seni halus memang muktamad. Apa orang nak kate, kate lah. Ape yang aku buat ini adalah untuk masa depan aku. Memang orang cakap rugi. Teruskan la dalam kos kejuruteraan kimia tu. Tapi kalau dah minat kita dah tak boleh nak buat ape. Lagi bagus kita belajar ape yang kita minat. Tu lebih baik. Syukur Alhamdulillah temuduga hari tu lulus dan sekarang aku dah disini. Disini lah titik permulaan aku untuk mencapai cita2 aku ingin menjadi seorang pelukis Malaysia. Aku akan buktikan pada semua. insyaAllah…

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

Kisah lame biarkan pergi. Mungkin ade hikmah disebalik kenapa Allah menarik balik cinta ku. Aku yakin Allah sentiase dengan aku. Allah mengingatkan aku tetang masa depan aku. Aku cuma diberi pilihan samaada cinta atau cita-cita. Allah terlebih dahulu mengambil cinta dan memberikan aku cita-cita. insyaAllah suatu hari nanti akan terbukalah pintu rezeki aku kearah kejayaan cita-cita.

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam."

Masakan berlalu, walaupun kita tersungkur. Jangan cepat mengalah dengan dugaanNya. Hindarkan segala kebencian. Biarkan ia pergi…mesti ada hikmah disebaliknya.

4 comments:

AUR said...

Power!!! Go ahead...Dont go stern!!

Anonymous said...

belajarlah selagi ada masa... ilmu akan bela kita...sjrh pahit yg penah brlaku tu sbg satu titik tolak utk kta mjd yg lbih baik... selamat berjuang..! slmt memnuntut ilmu..!

mat din said...

thanks AUR...=)

anonymous : thanks..i'll prove its who im

Anonymous said...

very good...

Post a Comment