"yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup mesti diteruskan"

14 July 2010

JANGAN DITANGISI APA YANG TELAH PERGI

assalamualaikum...

setiap ape yang berlaku pada kita pasti ade hikmah disebaliknya. janganlah kita tangisi ape yang telah pergi. ape yang mampu kita buat adalah berdoa sahaja pada yang Maha Kuasa. semoga mereka selamat dunia akhirat...

kita hidup ini tak dapat lari dari masalah. masalah yang datang bukan untuk menyusahkan kita. ianya adalah untuk menguji kita. bagaimana kita mengawal emosi dan keadaaan untuk menyelesaikan masalah. bagi saya, masalah yang datang adalah untuk mematangkan kita. ianya juga untuk menguji hambaNya.

teringat saya firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 286 yang bermaksud " Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehNya." ayat ini telah menunjukkan bahawa lagi besar ujian Allah pada hambaNya, lagi kuat kemampuan hambaNya tuk menghadapi masalah itu.

kita jangan cepat mengalah dengan dugaan yang datang. kita mampu menyelesaikannya. kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa dengan hambaNya..

"semoga aku lebih kuat menghadapi ujian sebegini"

0 comments:

Post a Comment